Soalan dan Latihan SPM

Asssalamualaikum dan salam sejahtera.

     Syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah berjaya mengumpul beberapa koleksi soalan Sejarah 1249 . Tujuan utama saya mengumpul koleksi soalan yang terdiri daripada pelbagai sumber ini adalah memberi peluang kepada pelajar-pelajar saya untuk membuat latihan secara kendiri.
Selain itu ianya juga menyelamatkan soalan-soalan ini daripada hilang atau terbiar tanpa digunakan oleh para pelajar. Selain daripada soalan-saolan percubaan atau soalan akhir tahun, saya juga bercadang untuk memasukkan koleksi soalan latihan mengikut bab yang terkandung dalam buku teks sekolah.

     Saya juga telah mengasingkan soalan-soalan ini kepada dua bahagian. Di laman blog ini, saya khaskan kepada soalan-soalan kertas 2 sahaja manakala soalan-soalan kertas 1 telah diletakkan di blog http://sejarah1spm.blogspot.com.
…..Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan guru terutamanya Puan Rugayah yang telah mengumpul dan menyumbangkan soalan-soalan tersebut.

Antara soalan-soalan terkumpul ialah soalan yang pernah dikeluarkan oleh:

  1. Persidangan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah (PKPSM) peringkat Negeri Kelantan
  2. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
  3. Bahagian Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  4. Portal Utusan Malaysia.
  5. Koleksi soalan latihan mengikut bab (Topikal)
  6. Permainan Sejarah

 

Advertisements