Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin  kepada semua guru SMK Seri Intan, SMK Bukit Jawa dan semua bekas pelajar saya di SMK Seri Intan. Kepada semua di Seri Intan…. pengalaman bersama anda banyak mengajar saya erti kehidupan…… Buat cikgu Amin dan Hisyam… semoga cepat dapat pengganti di makmal Komputer tu……

     Buat pelajar2 SMKSI …Cikgu doakan anda semua bergembira di hari Lebaran dan jangan lupa…………. peperiksaaan dah dekat. Buat latihan di buku dan blog ini.  Ada masa datang la rumah….. tapi bukan hari raya kedua yeeeee….

     Buat pelajar2 lain yang sering mengunjungi blog ini, cikgu jugak doakan anda semua berjaya… 

Advertisements

Selamat Tinggal Seri Intan

              Khamis 11 September 2008… adalah hari-hari terakhir aku di SMK Seri Intan. Perasaan campur baur antara sedih dan gembira. Tarikh keramat ini akan menjadi ingatanku sampai bila-bila.  Dalam kesibukan warga Amerika meratapi kejadian Serangan di World Trade Centre, aku terus dilanda keresahan. Terlalu banyak kenangan suka duka, pahit manis semasa di SMKSI. Sedar tak sedar aku  di sini sudah 18 tahun 2 bulan 8 hari bersama-sama memangat kegemilangan Seri Intan.  Manakan tidak inilah sekolah pertamaku. Yeah…..kira-kira sebahagaian besar perkhidmatanku telah dihabiskan di sini.

            Kepada anak-anak didik ku di SMK Seri Intan……… Kelas 5ST2, 5KS1 dan 5K2…. Walaupun pertemuan kita hanyalah sebentar cuma…  tidak sampaipun setahun, cikgu dapat merasakan kemesraan kita dalam proses pengajaran dan pembelajaran kita amat bermakna. Apa yang cikgu harapkan dalam tempoh lebih kurang 2 bulan dari tempoh peperiksaan SPM ini, belajarlah bersungguh-sungguh. Jangan lupa sering-seringlah mengulangkaji dan solat hajat. Tambahan pula kita kini masih berada di bulan yang penuh berkat ini. Masa yang ada janganlah berpersiakan dengan borak-borak kosong atau melayari internet yang tidak mendatangkan faedah. Dan kita masih boleh berhubung menerusi blog ini. Rajin-rajinlah berkunjung yaaa.

        Hari Ahad ini 14 september 2008 ini, maka bermula satu era baru dalam tugasku sebagai seorang guru. Aku akan mula bermula secara rasmi di sekolah baruku iaitu SMK Bukit Jawa, Pasir Putih. Aku gembira kerana telah dapat kembalki bertugas di daerah kelahiranku walaupun terpaksa meninggalkan seribu kenangan di Seri Inta.

          Seri Intan…… kau tetap dalam kenangan hingga ke akhir hayat kerana KAU adalah yang PERTAMA.

Selamat Berjuang Anakkku

 

Selamat berjuang anakku Norfirman di dewan peperiksaan UPSR mulai 09.09.08 hingga 11.09.08. Ayahanda sentiasa doakan anakku sentiasa tenang dalam menjawab soalan. Fikiran yang tenang sahaja mampu untuk menghasilkan output yang bernas. Setelah gigih berusaha sepanjang tahun, hari ini adalah penentu kejayaan anakanda unutk mengapai 5A. Ayahanda yakin, dengan usaha dan kegigihan anakanda selama ini akan membuahkan hasil. Insyaallah…. Semoga cita-cita anakanda unutk amengikuti jejak langkah kakanda anakanda akan tercapai. Ayahanda dan bonda sentiasa memgiringi doa kejayaan anakanda…… Amin.