Selamat Tinggal Seri Intan

              Khamis 11 September 2008… adalah hari-hari terakhir aku di SMK Seri Intan. Perasaan campur baur antara sedih dan gembira. Tarikh keramat ini akan menjadi ingatanku sampai bila-bila.  Dalam kesibukan warga Amerika meratapi kejadian Serangan di World Trade Centre, aku terus dilanda keresahan. Terlalu banyak kenangan suka duka, pahit manis semasa di SMKSI. Sedar tak sedar aku  di sini sudah 18 tahun 2 bulan 8 hari bersama-sama memangat kegemilangan Seri Intan.  Manakan tidak inilah sekolah pertamaku. Yeah…..kira-kira sebahagaian besar perkhidmatanku telah dihabiskan di sini.

            Kepada anak-anak didik ku di SMK Seri Intan……… Kelas 5ST2, 5KS1 dan 5K2…. Walaupun pertemuan kita hanyalah sebentar cuma…  tidak sampaipun setahun, cikgu dapat merasakan kemesraan kita dalam proses pengajaran dan pembelajaran kita amat bermakna. Apa yang cikgu harapkan dalam tempoh lebih kurang 2 bulan dari tempoh peperiksaan SPM ini, belajarlah bersungguh-sungguh. Jangan lupa sering-seringlah mengulangkaji dan solat hajat. Tambahan pula kita kini masih berada di bulan yang penuh berkat ini. Masa yang ada janganlah berpersiakan dengan borak-borak kosong atau melayari internet yang tidak mendatangkan faedah. Dan kita masih boleh berhubung menerusi blog ini. Rajin-rajinlah berkunjung yaaa.

        Hari Ahad ini 14 september 2008 ini, maka bermula satu era baru dalam tugasku sebagai seorang guru. Aku akan mula bermula secara rasmi di sekolah baruku iaitu SMK Bukit Jawa, Pasir Putih. Aku gembira kerana telah dapat kembalki bertugas di daerah kelahiranku walaupun terpaksa meninggalkan seribu kenangan di Seri Inta.

          Seri Intan…… kau tetap dalam kenangan hingga ke akhir hayat kerana KAU adalah yang PERTAMA.

4 Responses

  1. sedih…… biasa la tu… tok najib pun sedih jugak .. tu baru 14 tahun di Kementah.. inikan pulak 18 tahun…

  2. ktorag kat cine akn ingat cikgu…..

  3. tq fika…. kalu ingatkan saya…. rajin2 lah buat latihan dalam blog ini. inilah salah satu cara cikgu boleh tolong fika dan rakan2 yang lain…

  4. takpelah ckg.sekurgnya dpt balik kg sdri.ramai lg ckg2 cm kami nih kat tmpt org.tg rezeki dpt berbakti kpd anak2 di kelate..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: