Dapatkan soalan percubaan Negeri-Negeri

Salam sejahtera kepada semua pelajar.

Selamat menjawab soalan-soalan percubaan ini. Soalan ini bukanlah soalan ramalan tetapi jadikan ia sebagai panduan dan latihan serta persiapan terakhir dalam pepriksaan SPM nanti. Cikgu mengharapkan semua pelajar akan peroleh manafaatnya dan cemerlang dalam subjek sejarah. Insyaallah

Analisa Soalan Percubaan Antara Negeri 2008

Analisa ini sebagai panduan kepada pelajar untuk mengulangkaji topik-topik utama. Walau bagaimana pun ini bukan lah soalan yang pasti keluar dalam peperiksaan nanti ye… Anggaplah ini sebagai pelengkap kepada usaha yang telah anda buat… kalau ada soalan dari negeri lain bolehlah emailkan kepada saya,….. kita kongsi sama-sama

Klik sini untuk dapatkan analisa tersebut.

Tahniah

Tahniah buat Rosli 5KS1…. cikgu dengar dapat 6A dalam Percubaan baru-baru ni. Lagu mana dengan ore lain.. tak dengar kabar lagi.. 5ST2 apa citer. Tambah usaha Rosli agar lebih berjaya. Kepada pelajar lain kena usaha lebih lagi… masa masih ada. bak kata ore putih….” better late than never” … baik lambat daripda ak ada langsung usaha… selamat berjaya….

Soalan Percubaan PKPSM Kelantan 2008

Assalamulaikum dan dalam sejahtera.

Dapatkan soalan dan latihan bagi soalan percubaan yang dikeluarkan oleh Persidangan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia Cawangan Kelantan. Soalan kertas 2 di blog ini manakala soalan kertasĀ 1 di http://sejarah1spm.blogspot.com/

Saya menyeru kepada semua anak didik saya di SMK Seri Intan pun supaya membuat semula soalan ini sebagai latihan.

Kepada pelajar-pelajar lain… silalah buat soalan-soalan ini juga. Saya juga merasakan jika ada di antara kita yang ingin berkongsi soalan-soalan percubaan dari negeri lain, saya amat mengalu-alukan. Emailkan soalan tersebut kepada cikdin7@gmail.com agar kita dapat berkongsi bersama-sama.