Selamat Menjalani Kehidupan Baru Wahai Putera-Puteriku

Buat putera-puteraku, ayahanda dan Bonda sentiasa mendoakan semua anakanda sentiasa berada dalam situasi yang dilindungi Allah. Ayahanda dan bondo sesungguh tiada apa yang dapat diwarisi kecuali ilmu pengetahuan yang berguna. Tetapi janganlah anakanda lupa untuk sentiasa mencari juga ilmu akhirat kerana itu lah juga akan membawa kita sentiasa dirahmati Allah.

Buat putera sulong, Amir Faris di SMSTF bersedialah untuk menghadapi SPM pada hujung tahun ini. Jadilah contoh yang terbaik buat adik-adikmu, bukan sahaja dari segi ilmu tetapi yang penting juga sahsiah dirimu.

Buat putera kedua, Norfahmi di MRSM Pasir Tumboh, anakanda juga perlu bersedia untuk menghadapi PMR pada tahun ini. Berjuanglah unutk mencapai kecemerlangan 8A. Ayahanda dan bonda yakin anakanda mampu mengulangi kejayaan abang longmu.

Buat putera ketiga, Norfirman yang akan memulakan persekolahan di alam menengah di Sekolah Sultan Alam Syah, Putrajaya pada hari esok, 12 Januari 2009, ayahanda dan bonda berharap anakanda dapat menyesuaikan diri dan belajar hidup asrama. Tak mungkin ayahanda dan bonda dapat mengunjungi anakanda pada setiap minggu saperti yang ayah dan bonda lakukan terhadap abang-abangmu. Tapi janganlah anakanda risau dan bimbang kerana pasatinya akan ada ayahanda saudara, bonda saudara dan sepupu-sepupumu datang menjengokmu di asrama saperti ayah dan bonda.

Buat puteri bongsuku, Nordini Syuhada yang baru bertukar sekolah, sesuaikan lah diri dengan sekolah yang baru dan mendapat kawan-kawan yang baru pulak.

Ayah dan bonda mengharapkan semua putera-puteriku dapat belajar bersungguh-sungguh untuk kecemerlangan masa depan. Tetapi janganlah lupa pulak suruhan Allah agar kehidupan kita sentiasa diberkatiNya.

sekian

Advertisements

Selamat tahun baru 1430/2009: Mulakan Persekolahan dgn bergaya

Alhamdulillah kita semua dapat menjejak kaki semula ke alam persekolahan. Jadi mulakan perjalanan anda sebagai pelajar dengan penuh keazaman unutk berjaya dalam SPM 2009 atau 2010. Pupuklah minat anda agar di tahun ini subjek sejarah menjadi subjek yang paling di minati agar prestasi cemerlang dapat dijelmakan dalam peperiksaan nanti. Ingat Sejarah Ingat Blog ini.