Pertukaran alamat blog ke http://sejarahspm.com

Salam 1Malaysia

Untuk makluman semua pengunjung blog ini…saya telah mengalihkan alamat blog ini ke http://sejarahspm.com. Ini bertujuan penjenamaan semula blog ini agar lebih menarik dan mudah diingat. Untuk maklumat terbaru sila lah ke alamat tersebut. Sekali lagi alamatnya ialah http://sejarahspm.com

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

kadraya

Selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua anak-anak muridku, sahabat-sahabatku , rakan-rakan sekerja yang tak mungkin disebut satu persatu di sini. Semoga kalian sihat wal afiat di samping keluarga tersayang.

Buat anak-anak pelajar, raya tu raya la jugak…. tapi jangan lupa periksa dah dekat…… berhati-hati tau… salam raya daripada cikdin sekeluarga.

Topik-Topik Penting 2009

Asssalamualikum dan salam sejahtera…. Terima kasih la kepada anak-anak pelajar yang singgah di blog saya ni. Ada la juga anak-anak pelajar yang minta akan soalan-soalan ramalan untuk tahun 2009. Saya bukannya tak nak berkongsi akan tajuk-tajuk penting ni tapi…… tajuk-tajuk sebegini tak boleh la diberi awal-awal ….. nanti anak-anak tak bagi fokus kepada tajuk-tajuk lain pulak. Sedangkan semua tajuk ada potensi unutk disoal dalam kertas 1 objektif.

1. Di sini ada satu cadangan tajuk-tajuk penting yang disediakan oleh Guru-guru Cemerlang dan Jurulatih Utama dari Kelantan . Terima kasih GC dan JU kerana sudi berkongsi maklumat penting ni.

2. ni satu lagi tajuk penting dari sahabat di Kuala Lumpur.

DAPATKAN TOPIK-TOPIK NI DI http://sejarahspm.com

Buat lah analisa sendiri yee

Dapatkan Panggilan Telefon Percuma di Sini

We provide free calls only

Salam Ramadhan dan Salam Kemerdekaan

1malaysiaAssalaamualaikum dan salam sejahtera.. Dalam keseronokan meraikan kemerdekaan dan menikmati juadah berbuka puasa janganlah kita lupa tugas yang menanti kita di hujung tahun ini iaitu SPM yang tidak berapa lama lagi.

Di Kelantan, pada minggu ini, anak-anak SPM akan menempuh ujian awal iaitu peperiksaan percubaan SPM akan di adakan pada selasa ini 01.09.2009. Jadi janganlah kita anggap ianya sebgai ujian biasa tetapi anggaplah peperiksaan percubaan ini sebagai satu medan ujian untuk mengetahui sama kita bersedia unutk ujian yang sebenar pada noember nanti. Selamat mengahadapi peperiksaan Percubaan SPM 2009

Tahniah Buat Rosli 5KS1 SMK Seri Intan

Tahniah Rosli kerana berjaya mengapai 8A. terutamanya A dalam SEJARAH………… Anda boleh ….. mengapa orang lain tak boleh????????

Berdebar-berdebar….. Result SPM Akan Keluar

hmmmmmm…… rasa suka ada…. rasa takut ada ……result SPM dah nak keluar. Biasa la tuuuuu….. yanag berjaya akan menangis kegembiraan.. tp yang gagal menangis jugak… menangis sedih… tapi tak apa bagi yang gagal boleh cuba lagi… tapi kali ni semua kena bayar lah tapi yang berjaya nanti tahniah lah… selamat sambung belajar lahhh.

Bagi anak-anak pelajar di SMK Seri Intan…. jangan luapa hubungi cikgu ye… nak la tahu result anda semua… Kalu dapat A dalam sejarah ada hadiah sedang menanti…

Bagi pelajar yang pernah mengunjungi blog ni…. hubungi lah saya juga …. nak la tahu result sejarah tu…..

Selamat berjaya ……

Selamat Menjalani Kehidupan Baru Wahai Putera-Puteriku

Buat putera-puteraku, ayahanda dan Bonda sentiasa mendoakan semua anakanda sentiasa berada dalam situasi yang dilindungi Allah. Ayahanda dan bondo sesungguh tiada apa yang dapat diwarisi kecuali ilmu pengetahuan yang berguna. Tetapi janganlah anakanda lupa untuk sentiasa mencari juga ilmu akhirat kerana itu lah juga akan membawa kita sentiasa dirahmati Allah.

Buat putera sulong, Amir Faris di SMSTF bersedialah untuk menghadapi SPM pada hujung tahun ini. Jadilah contoh yang terbaik buat adik-adikmu, bukan sahaja dari segi ilmu tetapi yang penting juga sahsiah dirimu.

Buat putera kedua, Norfahmi di MRSM Pasir Tumboh, anakanda juga perlu bersedia untuk menghadapi PMR pada tahun ini. Berjuanglah unutk mencapai kecemerlangan 8A. Ayahanda dan bonda yakin anakanda mampu mengulangi kejayaan abang longmu.

Buat putera ketiga, Norfirman yang akan memulakan persekolahan di alam menengah di Sekolah Sultan Alam Syah, Putrajaya pada hari esok, 12 Januari 2009, ayahanda dan bonda berharap anakanda dapat menyesuaikan diri dan belajar hidup asrama. Tak mungkin ayahanda dan bonda dapat mengunjungi anakanda pada setiap minggu saperti yang ayah dan bonda lakukan terhadap abang-abangmu. Tapi janganlah anakanda risau dan bimbang kerana pasatinya akan ada ayahanda saudara, bonda saudara dan sepupu-sepupumu datang menjengokmu di asrama saperti ayah dan bonda.

Buat puteri bongsuku, Nordini Syuhada yang baru bertukar sekolah, sesuaikan lah diri dengan sekolah yang baru dan mendapat kawan-kawan yang baru pulak.

Ayah dan bonda mengharapkan semua putera-puteriku dapat belajar bersungguh-sungguh untuk kecemerlangan masa depan. Tetapi janganlah lupa pulak suruhan Allah agar kehidupan kita sentiasa diberkatiNya.

sekian

Selamat tahun baru 1430/2009: Mulakan Persekolahan dgn bergaya

Alhamdulillah kita semua dapat menjejak kaki semula ke alam persekolahan. Jadi mulakan perjalanan anda sebagai pelajar dengan penuh keazaman unutk berjaya dalam SPM 2009 atau 2010. Pupuklah minat anda agar di tahun ini subjek sejarah menjadi subjek yang paling di minati agar prestasi cemerlang dapat dijelmakan dalam peperiksaan nanti. Ingat Sejarah Ingat Blog ini.

Selamat Berjuang

Selamat berjuang wahai anak-anakku semoga kalian terus cemerlang…. terutama sejarah …hehehehehe… lepas ni jangan lupa hantar email keputusan anda nanti ye….

Ingat sejarah ingat saya………..ingat blog ini….